coretan minda

kita sentiasa dipandu oleh ilmu

Rabu, 11 September 2013

Saidina Ali Bin Abu Talib

 
 
  BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
 
Nama:  Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
Keturunan :   Bani Hasyim
Tarikh Lahir:  10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi
Tempat lahir  :  Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah
Jawatan         :   Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin   
Hubungan     :  Sepupu Nabi sebelah bapa       
Tarikh Menjadi Khalifah  :  Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi 
Tempoh Pemerintahan :  4 tahun Tarikh Wafat :17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi
Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah
Gelaran: Abu Hasan / Abu Turab



SIFAT PERIBADI
Bersikap adil
Bijaksana
Berwawasan
Pintar
Berfikiran luas
Berusaha mencari ilmu
Berani menegakkan kebenaran
Terbuka
Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT
Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT
 
 KELUARGA RASULULLAH SAW
 
Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat 
dengan Rasulullah SAW 
Adalah sepupu dan menantu Rasulullah 
Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik
 oleh Baginda 
Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah 
Sangat mencintai dan menyayangi
 Rasulullah
 
 
 KANAK-KANAK PERTAMA MEMELUK ISLAM
 
Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun
Kanak-kanak pertama memeluk Islam
Terkenal dengan panggilan ’Karramallahu Wajhah’ 
  bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana 
  beliau tidak pernah menyembah berhala
Tidk pernah dikotori keburukan jahiliah
Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah
Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga
 
 
SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG
 
Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan 
dalam
pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan 
kehakiman
Sehingga digelar ‘gedung ilmu’
  
 
PEMUDA YANG BERANI  
 
Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang
Menggunakan pedangnya bernama ‘Zulfakar’ dan 
   menyertai hampir semua peperangan menentang
   musyrikin kecuali peperangan Tabuk. 
Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan
   satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama 
   Amru bin Wahid. 
 •Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.
 
 
PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF
 
Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman.
Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah.
Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.
Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-syurtah’
Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.
 
PENGORBANAN DAN JASA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB 
  Jurutulis Perjanjian Hudaibiah. 
  •Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq). 
  •Mengembangkan ilmu Islam. 
  •Pensihat dalam bidang kehakiman kepada 
    ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin. 
  •Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara 
  •Menjadi hakim di Yaman. 
  •Penulis wahyu. 
  •Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.
 
 
SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI ZAMAN PEMERINTAHAN  

Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’
Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali
Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina 
Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan 
 Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafikin 
membuat perancangan jahat untuk 
mencetuskan peperangan antara kedua belah
 pihak