coretan minda

kita sentiasa dipandu oleh ilmu

Selasa, 10 September 2013

Saidina Abu Bakar As-Siddiq


 
 BIODATA SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Nama Sebenarnya: Abdullah bin Abi Quhafah
Tempat lahir: Mekah
Tahun Lahir: 572 Masihi, 2 tahun selepasa kelahiran Rasulullah

Berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, Bani Tamin.
Ahli perniagaan berjaya yang menyumbang kepada perkembangan dakwah Islam.
Merupakan lelaki dewasa pertama yang memeluk islam
Digelar "Abu Bakar" selepas memeluk islam kerana beliau adalah orang pertama yang beriman dengan Rasulullah

Juga diberi gelaran As-Siddiq kerana keperibadian beliau yang sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah S.A.W
  • contohnya, mengakui kebenaran peristiwa Isra' dan Mikraj yang 
dilalui oleh Rasulullah S.A.W

Beliau dilatik sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Raulullah S.A.W
Meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun      




SUMBANGAN DAN PENGORBANAN



SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SEBELUM MENJADI KHALIFAH                                     

JASANYA KETIKA MENJADI KHALIFAH                                                          

  • Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk.
  • Membebaskan  penganut Islam yang   disiksa dengan membayar tebusan
  • Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan
  • Sanggup mengorbankan nyawanya utk  menyelamatkan Rasulullah
  • Menemani Rasulullah  berhijrah dari Mekah ke Madinah


  • Memerangi dan menghapuska golongan murtad dan org yang mengaku menjadi  nabi
  • Memerangi golongan  yang enggan membayar zakat
  • Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom
  • Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah
  • Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran  

      
 
       



PERLANTIKAN  ABU BAKAR MENJADI  KHALIFAH

Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda sebelum baginda wafat
Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan utk melantik Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah.
Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih
  • Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & Merupakan sahabat baik baginda
  • Beliau yg diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda menjadi imam sewaktu baginda sakit
  • Rasulullah telah memilih beliau utk mengetuai rombongan haji pertama umat Islam


PERISTIWA PERLANTIKAN  ABU BAKAR MENJADI  KHALIFAH 

-     Setelah Rasulullah wafat- Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah.

-     Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum- Saiyidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam.

-     Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangklan memilih salah seorang dari dua samada  Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang drp Ansar dan seorang drpd Muhajirin.

-     Kemudian Basyir bin Saad dari gol Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir.

-     Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan  (Secara persetujuan ramai umat Islam)

 -    Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam.Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama ,bangsa dab negara 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan